Wednesday, September 5, 2012

SELAMAT BERJUANG

Assalamualaikum....
Selamat menduduki UPSR...
Tenangkan hati...mudah-mudahan adik-adik mencapai kejayaan yang cemerlang... :)

Wednesday, May 30, 2012

Quotes of the day



"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" 



Birthday magic!

Assalamualaikum wbt.
Penat ulangkaji pelajaran? Berehat dulu. Jangan terlalu khusyuk ulangkaji hingga tak sempat rehat. Kesihatan badan kena jaga juga. Betul tak?
Jom! kita cuba magic ini.


Birthday magic

Step1: Add 18 to your birth month.
Step2: Multiply by 25.
Step3: Subtract 333.
Step4: Multiply by 8.
step5: Subtract 554.
step6: Divide by 2.
step7: Add your birth date.
step8: Multiply by 5.
step9: Add 692.
step10: Multiply by 20.
step11: Add only the last two digits of your birth year.
step12: Subtract 32940 to get your birthday!.



Hebat tak?
hehehehe...


*multiply = darab
*subtract = tolak
*divide     = bahagi
*add         = tambah

Keajaiban Matematik!


Assalamualaikum wbt.
Hari ini cikgu nak kongsi sedikit keajaiban matematik.
cuba lihat turutan nombor - nombor ini dan hasil jawapannya.
Ajaib kan?
kalau tak percaya, cuba kira menggunakan kalkulator. :)


Sequential Inputs of numbers with 8
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


Sequential 1's with 9
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 + 10 = 1111111111


Sequential 8's with 9
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888


Numeric Palindrome with 1's
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321


Without 8
12345679 x 9 = 111111111
12345679 x 18 = 222222222
12345679 x 27 = 333333333
12345679 x 36 = 444444444
12345679 x 45 = 555555555
12345679 x 54 = 666666666
12345679 x 63 = 777777777
12345679 x 72 = 888888888
12345679 x 81 = 999999999


Sequential Inputs of 9
9 x 9 = 81
99 x 99 = 9801
999 x 999 = 998001
9999 x 9999 = 99980001
99999 x 99999 = 9999800001
999999 x 999999 = 999998000001
9999999 x 9999999 = 99999980000001
99999999 x 99999999 = 9999999800000001
999999999 x 999999999 = 999999998000000001
......................................


Sequential Inputs of 6
6 x 7 = 42
66 x 67 = 4422
666 x 667 = 444222
6666 x 6667 = 44442222
66666 x 66667 = 4444422222
666666 x 666667 = 444444222222
6666666 x 6666667 = 44444442222222
66666666 x 66666667 = 4444444422222222
666666666 x 666666667 = 444444444222222222

Monday, May 14, 2012

Buku Nota

Assalamualaikum.

Menjelang UPSR tentu murid-murid sibuk mengulangkaji dan membuat latihan kan?
Buku nota sangat penting dan dapat membantu murid mengingati dan menghafal formula, atau kata kunci.
Cikgu nak berkongsi sedikit, cara - cara menyediakan buku nota yang sempurna:


1.  Buku yang bersaiz kecil supaya mudah dibawa ke mana sahaja.

Saiz yang sesuai untuk digunakan.
Jangan terlalu kecil macam ini ya!














2.  Gunakan pen atau pensel warna agar nampak menarik dan secara tidak langsung menarik minat untuk menggunakannya.


3.  Tulislah tentang kemahiran , contoh-contoh soalan sukar dan jangan lupa letakkan gambar atau ikon yang menarik. 

Semoga berjaya...

wassalam :)

Wednesday, January 18, 2012

Tips Cemerlang Matematik

Assalamualaikum wbt.

Selamat menjalani sesi persekolahan 2012 cikgu ucapkan.
Ingin menjadi pelajar cemerlang Matematik?
Mudah sahaja!
ini petuanya..

1. TANAM MINAT DALAM MATEMATIK
- Matematik adalah subjek yang sentiasa berkaitan dengan kehidupan seharian kita. Bila kita bangun daripada tidur, perkara pertama kita lihat adalah jam. Betul tak?






- Apabila kita membeli gula-gula di kedai runcit, kita menggunakan wang dan pastinya kita mengira jumlah harga. Jadi, mula tanamkan minat dalam matematik kerana matematik adalah sebahagian dalam kehidupan seharian kita! Cikgu sangat minat matematik. :D


2. HAFAL SIFIR. 
- Kalau kita hafal sifir, akan membuat otak kita lebih cepat dan cekap mengira.


3. BUAT BANYAK LATIHAN. 
- Kalau boleh setiap hari buat latihan matematik. Matematik memerlukan latihan untuk menguasai kemahiran. Semakin kerap kita buat latihan, lebih cepat kita menguasai kemahiran. Sebagai contoh, kalau kita mahu pandai bermain bola, kita mesti banyak berlatih kan? baru jadi pemain bola yang hebat! 





4. MESTI MEMPUNYAI AZAM DAN MINAT.
- Kita mestilah mempunyai azam yang kuat, dan tidak mudah berputus asa. Kita akan merasa seronok bila dapat menyelesaikan sesuatu masalah. mesti cuba.. cuba... dan cuba lagi...

5. Akhir sekali... solat mesti cukup, rajin membaca quran dan berdoa. Kita mesti ingat, segala apa yang kita dapat, semua siapa yang bagi? Tuhan yang maha pemurah. Mudah-mudahan kamu berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan nanti...

wassalam