Wednesday, January 18, 2012

Tips Cemerlang Matematik

Assalamualaikum wbt.

Selamat menjalani sesi persekolahan 2012 cikgu ucapkan.
Ingin menjadi pelajar cemerlang Matematik?
Mudah sahaja!
ini petuanya..

1. TANAM MINAT DALAM MATEMATIK
- Matematik adalah subjek yang sentiasa berkaitan dengan kehidupan seharian kita. Bila kita bangun daripada tidur, perkara pertama kita lihat adalah jam. Betul tak?






- Apabila kita membeli gula-gula di kedai runcit, kita menggunakan wang dan pastinya kita mengira jumlah harga. Jadi, mula tanamkan minat dalam matematik kerana matematik adalah sebahagian dalam kehidupan seharian kita! Cikgu sangat minat matematik. :D


2. HAFAL SIFIR. 
- Kalau kita hafal sifir, akan membuat otak kita lebih cepat dan cekap mengira.


3. BUAT BANYAK LATIHAN. 
- Kalau boleh setiap hari buat latihan matematik. Matematik memerlukan latihan untuk menguasai kemahiran. Semakin kerap kita buat latihan, lebih cepat kita menguasai kemahiran. Sebagai contoh, kalau kita mahu pandai bermain bola, kita mesti banyak berlatih kan? baru jadi pemain bola yang hebat! 





4. MESTI MEMPUNYAI AZAM DAN MINAT.
- Kita mestilah mempunyai azam yang kuat, dan tidak mudah berputus asa. Kita akan merasa seronok bila dapat menyelesaikan sesuatu masalah. mesti cuba.. cuba... dan cuba lagi...

5. Akhir sekali... solat mesti cukup, rajin membaca quran dan berdoa. Kita mesti ingat, segala apa yang kita dapat, semua siapa yang bagi? Tuhan yang maha pemurah. Mudah-mudahan kamu berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan nanti...

wassalam